KURSUS IMAM 2018
Tema : Imam Pencetus Kegemilangan Ummah
Tarikh:18-19 Januari 2018
Anjuran : Lajnah Masjid (BADAR)
Program bermula dengan sesi pendaftaran pada pukul 5.00 petang yang bertempat di dewan halaqah.
Selepas selesai sesi pendaftaran,Para peserta diminta ke masjid bagi sesi taaruf para koordinator. Seterusnya, nyanyian lagu tema dan pembahagian kumpulan bagi para peserta.
| Kuliah Maghrib : Sunat Hai'ah dan ab'ad |
Selepas solat maghrib,para peserta mendengar ceramah daripada Ustazah Roslina.Ceramah yang disampaikan berlangsung selama 1 jam pada pukul 7.30 - 8.30 malam.
| Kuliah dasar 1 : Rukun solat yang 13 |
Seterunya, program diteruskan lagi dengan kuliah dasar 1 yang disampaikan oleh ustaz Sayyidi selepas solat isyak pada pukul 9.00 - 10.45 malam
| Pengarah program Azreen Izma ketika bersama dengan penceramah. |
Pada keesokkan harinya,19/01,para peserta mengikuti
aktiviti qiamulail yang bertempat di masjid dan disusuli dengan kuliah subuh yang berlangsung 1 jam.
Kuliah subuh:solat berjemaah,imam,ma'mum,masbuq dan muafiq.
Cenderahati disampaikan oleh Nabila Nadzri selaku penolong pengarah program.Selepas itu,para peserta dikehendaki untuk menikmati kudapan dan diikuti dengan aktiviti jelajah daie.
Sebelum aktiviti jelajah dai'e para peserta melakukan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh para koordinator. Selepas senamrobik aktiviti jelajah dai'e diteruskan
Selepas jelajah dai'e peserta terus bergerak ke dewan makan asrama bagi majlis penutup.
Para peserta menyanyikan lagu tema program iaitu langkah pejuang. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepda para peserta oleh pengarah program Azreen Izma.
Majlis ditutup dengan sesi penggambaran para peserta kursus imam bersama para koordinator.
| Para peserta kursus imam bagi sesi 2018 |
